13 December 2011
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
18 August 2011
Anda ISLAM ? Mereka pun ISLAM juga..
17 August 2011
Alhamdulillah Bekalan Air Bersih Di Bulan Ramadhan
Kemuliaan Bulan Ramadhan dicemari
Orang Kampung berkesempatan melihat beberapa penjual mercun yang dengan sewenang-wenangnya menjual secara terbuka pelbagai mercun kepada pengunjung Pasar Daerah Semporna, apa yang orang kampung perhatikan penjual-penjual ini tanpa segan silu atau merasa takut memberi tawaran kepada pengunjung Pasar untuk membeli mercun. MERCUN !!!!! Boommm!!!Bommmm !!!! letupan yang kuat seolah-olah kita berada di zon perang tidak kira dimana saja di bandar, di kampung, malam, siang dan waktu berbuka hatta waktu bersolat pun kedengaran juga letupan mercun yang pada pengamatan orang kampung banyak membawa kemudaratan daripada kebaikan. Paparan ini bukan bermaksud untuk menyalakan sesiapa tetapi ianya lebih kepada perkongsian perkara yang di anggap "enteng" dan terlepas pandang dengan kesannya yang tidak begitu baik kepada generasi akan datang di mana kanak-kanak ,anak muda, remaja dan orang dewasa juga beranggapan bahawa setiap datangnya bulan Ramadan dan menjelangnya Syawal, maka sudah menjadi kemestian kepada mereka untuk mendapatkan dan memiliki MERCUN untuk kegunaan mereka samada untuk berhibur, saja-saja atau untuk menyambut kedatangan bulan berkenaan dengan letupan dan bukannya lagi dengan rasa kesyukuran,tawadduk kepada Allah SWT dan kemenangan mengawal hawa nafsu semasa bulan Ramadan. Ahirnya Bulan yang penuh dengan kemuliaan, pengampunan, bulan bonus, bulan dimana segala amal ibadah kepada Allah SWT di lipat gandakan pahalanya, bulan mukjizat agung Nabi Muhammad SAW Al-Quran nur karim di turunkan, dicemari dengan perbuatan yang sia-sia dan membazir.Renungkan-renungkanlah...........
Subscribe to:
Posts (Atom)




